Assalamualaikumm
Sedihnyaa.. sedih sangat baca berita anak 3tahun pergi utk slamanya setelah 9jam ditinggalkan dlm kereta. Makayahnya menunggu 2 org anak disekolah sampai petang, sedangkan yg si kecil lupa nak dihantar ke Taska. Ya rabbi .. syurga untuk sikecil. Sungguh tak dpt membayangkan seksa bila lemas secara slow. Dan tak dpt dibayangkan tragis dan trauma ibubapa melihat anak terkulai dlm kereta sendiri. :(
Teringin pulak nak makan puding roti. Lamaaa dah tak buat padahal anak2 suka je puding ni. Terhasut nak memuding lepas slalu tgok Anna duk bake puding ni. Semua salah ko mak yong.
Ya ampun memang sedappp puding ni. Macam biasa la mmg puding gini tak pernah menghampakan. Terima kasih kepada Hairul.com sudi berkongsi resepi semasa dia bekerja di hotel. Kira resepi chef2 hotel la kan kan kan. Tapi kalau ada puding ni dihidang di hotel mmg tak pernah tolak utk merasanya.
BREAD PUDDING WITH VANILLA SAUSE
by Hairul.com
*utk versi resepi penuh dan cara2 membuat berserta gambar boleh klik link di atas.
Bahan2:
800 ml susu segar
10 biji telur
220 gm gula
1 sudu besar vanila flavour
1-2 buku roti
* elok guna roti yg kasar, kalau guna roti lembut hasil puding agak lembut sangat.
1 buku butter
sedikit kismis \ kurma
Cara:
1. Campurkan susu, telur, gula dan esen vanila dan kacau sebati hingga gula hancur. Ketepikan.
2. Sapukan loyang dengan butter. Kemudian sapukan permukaan kepingan roti dengan butter. Buat depan dan belakang roti. Kemudian susunkan ke dalam loyang berlapis2. Setiap lapis taburkan dengan kismis dan kurma.
3. Untuk lapisan terakhir, potong roti kepada 2 bahagian, sapu butter dan susun bertindan. *boleh lihat gambar di blog hairul.com
4. Kemudian tuang adunan susu tadi ke dalam loyang.
5. Bakar puding pada suhu 150 C selama 40-45 minit menggunakan teknik waterbath.
SOS VANILLA
200 ml susu segar * izah guna susu cair
4 sudu besar gula * izah letak 3
1 sudu besar tepung kastard
sedikit esen vanilla
Masak bahan di atas sehingga pekat menggunakan api sederhana.
Pendapat saya sos ni kene triplekan sukatan utk puding roti di atas.
NOTA: Sukatan izah utk puding roti adalah seperti di bawah dan caranya sama seperti di atas. Dan izah masak sos vanila mengikut sukatan di atas utk di makan bersama puding seperti sukatan dibawah. Kuah ngam ngan puding. Paham ko?ngeeee
300 ml susu segar
3 biji telur
70 gm gula
sedikit esen vanila
10 keping roti
butter secukupnya
kismis
No comments:
Post a Comment