Misteri kematian kanak-kanak perempuan itu mungkin terjawab | Bapa tiri kepada kanak-kanak perempuan warga Perancis berusia lima tahun yang dilaporkan hilang didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan sengaja pada Khamis. Ibu kepada kanak-kanak itu, Cecile Bourgeon meraih simpati rakyat seluruh dunia dengan cerita bagaimana dia yang hamil pada ketika itu tertidur di bangku sebuah taman pada Mei lalu dan menyedari anak perempuannya hilang selepas dia tersedar. Wanita berusia 25 tahun itu dalam keadaan bersedih merayu bantuan untuk mencari anak perempuannya, Fiona.
Namun, Bourgeon dan pasangannya, Berkane Maklouf, 32, ditahan untuk disoal siasat pada Selasa dan memberitahu pegawai penyiasat bahawa kanak-kanak itu meninggal di rumah mereka. Ibu kanak-kanak itu didakwa atas empat pertuduhan. Menurut pegawai penyiasat, Bourgeon dan pasangannya memberi keterangan berbeza mengenai cara kematian Fiona. Maklouf mendakwa kanak-kanak itu mati selepas tercekik muntahnya sendiri dan mereka panik apabila menjumpai mayatnya pada waktu pagi. Sumber kehakiman berkata Bourgeon memberitahu polis bahawa Fiona meninggal dunia akibat dipukul berulang kali oleh teman lelakinya dalam keadaan mabuk. Katanya, mayat Fiona ditanam di pinggir hutan. -AP
.
No comments:
Post a Comment